Cart 0

Patutkah kita menggunakan manjakani untuk missV kita?

Pernah terbaca tak artikel yang menyatakan yang manjakani ni sebenarnya sarang tawon, iaitu sejenis penyengat ‘gall wasp’. Jadi, patut ke tak kita menggunakannya untuk missV kita?

Saya ada terbaca beberapa artikel tentang manjakani ni. Ada yang menyatakan yang manjakani adalah baik untuk wanita. TAPI, ada juga beberapa artikel yg menyatakan sebaliknya. So, yang mana satu ni?

Ada beberapa artikel menyatakan manjakani adalah rumah kepada tawon. Tawon akan membina sarang mereka di dalam buah manjakani. Sebab tu lah kita nampak lubang-lubang pada buah manjakani tu. Jadi, macam tak masuk akal lah untuk kita menggunakan sarang tawon kan...Patut ke rumah mereka kita musnahkan gitu.

Tapi tahu tak anda yang buah tin juga adalah satu lagi lokasi yang menjadi sarang tawon? Tawon betina akan memasuki buah tin dan bertelur didalamnya.  Bila dah menetas, tawon-tawon jantan yang dilahirkan buta dan tak bersayap akan menghabiskan hayat mereka kat dalam tu. Kemudian, tawon betina akan muncul keluar melalui terowong-terowong ini dan terbang untuk mencari rumah baru dengan harapan kasih sayang baru (eh) sambil membawa debunga yang tak ternilai harganya bersama mereka. Tanpa tawon-tawon ini, tak makan buah tin lah kita. 

Terdapat banyak manfaat yang boleh kita dapati dari manjakani, dan fakta ini disokong oleh jurnal-jurnal dari universiti dan industri. Apabila dimakan dan digunakan dengan betul, manjakani mempunyai kesan pengetatan missV pada wanita. Ia juga boleh membantu meningkatkan pelinciran. Penyelidikan terkini oleh USM bahkan membuktikan bahawa manjakani mengandungi kandungan mineral dan polifenol yang tinggi yang penting untuk kesihatan tulang jangka panjang dan untuk mencegah osteoporosis.

Walau bagaimanapun, dalam semua perkara yang kita amalkan atau ambil, mempelajari cara yang betul untuk menggunakan sesuatu bahan dengan dos yang betul adalah sangat penting. Nak masukkan dari arah selatan, atau sebagai peminuman dari arah utara, apapun yang kita ambil boleh menjadi merbahaya kalau dilakukan atau diambil dengan membabi buta. Oleh itu, adalah penting untuk belajar terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang amalan. Kenali tubuh badan anda. 

#zaranaturlich #ladyglory #ladygloryminumanbotani



Older post Newer post