Cart 0

Sedangkan sekuntum ros juga mempunyai duri

Pernahkah anda menyentuh tumbuhan mimosa pudica dan melihat daunnya bergulung tutup?

Atau mungkin anda lebih biasa mendengar namanya sebagai pokok semalu. Perkataan “pudica” adalah Latin untuk pemalu, maka sesuailah namanya sebagai Mimosa Pudica yang juga dikenali sebagai tanaman yang sensitif, tumbuhan yang pemalu, atau touch-me-not. Saya pasti masa kita semua kanak-kanak dulu, kita semua pernah mempunyai pengalaman menyentuhnya dan melihat daunnya bertindak balas, lipat masuk apabila merasai sentuhan. 

lady glory official.jpg

Ini merupakan naluri tumbuhan untuk melindungi diri mereka dari bahaya. Sama seperti cara manusia mempunyai reseptor dalam kulit kita, kita akan tersentak bila tersentuh sesuatu yang panas sebelum kita tercedera. Perlakuan ini dipanggil refleks.

Saya ingat suatu ketika dulu semasa saya sedang bersiar-siar di sebuah ladang di England, saya pernah terlanggar pokok jelatang atau “Stinging Nettle”.  Dan seperti namanya, ia menyengat dengan begitu perit!

Nettles dilindungi oleh sejenis bulu yang disambungkan ke kelenjar racun pokok Nettles, dan apabila disentuh oleh haiwan atau manusia, ia melepaskan racun ke luka yang dihasilkan oleh bulu-bulu tersebut. Selepas pengalaman yang mengerikan itu, saya tidak pernah pergi ke ladang tanpa membawa losyen calamine lagi. Serik! 

Sedangkan ros yang cantik kelihatannya juga mempunyai duri. 

Pokok bunga ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga dalam genus Rosa yang sering digunakan sebagai pokok hiasan. Ia mempunyai bau yang harum yang membuatkannya sesuai untuk penggunaan lain seperti sebagai wangian dan dalam masakan. Ia juga kadangkala digunakan dalam ubat-ubatan kerana ia kaya dengan vitamin C. 

Sesetengah saintis membuat spekulasi bahawa bunga ros mungkin mempunyai duri untuk melindungi mereka daripada dimakan oleh haiwan dan manusian yang tertarik oleh bau mereka yang memanggil itu. Evolusi flora menunjukkan pertahanan berduri mungkin telah berlaku sebagai cara pertahanan tumbuhan dalam persekitaran kaya sumber daya kerana lebih banyak haiwan yang bersifat herbivor.

Tahu tak bagaimana citronella boleh menghalang serangga? Kalau nak tahu, baca disini!

Nak tau lebih lanjut tentang fakta herba atau auta? Ikuti kami di blog kami, FAKTA BOTANI!



Older post Newer post