Cart 0

Ramuan dan media sosial

Keluasan internet dan media sosial telah meningkatkan minat orang ramai tentang ubatan dan ramuan semulajadi dan botani, terutamanya di laman sosial seperti di newsfeed Facebook, Twitter dan Instagram. 

Memang elok lah bahawa kita mula sedar tentang kebaikan tentang ramuan-ramuan alami ni. Tapi pelik tak anda rasa, kenapa tiba-tiba semua orang berminat nak mengamalkan gaya hidup semulajadi? Dan kenapa di media sosial?

Sebenarnya, kesedaran ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Pengetahuan tentang ubat-ubatan semulajadi dan penawar semulajadi ni, atuk dan nenek kita dah tahu sejak dulu-dulu lagi. Pada zaman dahulu, apa sahaja yang kita pelajari tentang ubat-ubatan semula jadi dan botani telah diturunkan dari nenek moyang kita, dari ibu kepada anak perempuan ketika masa yang sesuai.  

Cuma pada zaman ini, kesedaran kita kepada fakta yang ubatan semulajadi dan botani boleh mendatangkan banyak manfaat datang lebih awal.

Dengan trend perkongsian pada newsfeed laman sosial kita, kita lebih mengetahui tentang manfaat ubat-ubatan ini pada kadar lebih cepat dan pada masa yang lebih awal. Hal ini juga memudahkan kita untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang uba-ubatan semulajadi dan botani. 

Dan itulah kuasa media sosial.

Nak tahu apakah kepentingan flora dan fauna di kepada kita? Baca disini!

Nak tau lebih lanjut tentang fakta herba atau auta? Ikuti kami di blog kami, FAKTA BOTANI!



Older post Newer post