Cart 0

Kisah Kelahiran Lady Glory

Masa kita muda-muda dulu, jarang kita nak hargai herba dan rempah ratus dan kepentingannya dalam hidup kita. Lainlah kalau nak kira 11 rempah rahsia dalam ayam KFC tu.

Memang tak lah masa tu nak reti appreciate betapa bestnya pekena secawan teh Chai. Haruslah setin Coke ais yang menjadi pilihan hati. Malangnya, kita tak sentiasa muda dan bertenaga. Lambat laun, menua juga...

Sedar tak sedar, kedutan kat kulit pun muncul tiba secara perlahan-lahan, belakang pun dah mula sakit, barulah kita 'ter'sedar yang usia kita semakin meningkat secara tak sengaja. Eh, baru semalam rasa macam muda lagi. Tengok-tengok hari ni terfikir, "Dah kenapa kulit aku ni tak macam bouncing lagi?"

"Eh, memang sejak azali ke macam ni ye? Kenapa aku tak pernah perasan?"

Ha...ini saya nak cerita. Frankly speaking, masa kita muda memang kulit kita tak macam tu ye. Dan penuaan ni memang datang secara perlahan-lahan sampai kita sendiri pun tak perasan. Dan priority kita juga berubah mengikut peredaran masa.

Nak dijadikan cerita...beberapa tahun lepas, masa tu saya sedang sibuk dengan bisnes pembuatan sabun natural saya dibawah Zara Naturlich. Memang enjoy bila sabun yang kita buat menjadi dan baunya semerbak memenuhi ruang rumah. Cantik pulak tu. Ini contoh.

Zara naturlich natural soap.jpg

Lawa kan? Tak tipu!

Masa itu juga saya mula belajar tentang herba dan bahan semulajadi. 

Saya mula sedar yang manfaat dari pengamalan bahan semulajadi sangat banyak, baik bila dipakai dari luaran, mahupun dimakan.

Saya teringat masa saya masih muda, diwaktu kulit masih bergetah toing toing, mak saya ajar saya cara membuat jamu kencur. Setiap kali saya pulang ke kampung, dia akan buatkan dan separa memaksa saya minum. Tapi pada masa tu, saya memang tak dapat lah nak hargai. Muda la kata...Dan saya pun tak pernah mempunyai masalah kekurangan tenaga atau libido yang rendah. Ehem. 

Jadi apa gunanya kan?

Agak-agak, boleh tak korang teka apa yang berlaku masa saya berpantang 14 tahun lepas? Haruslah mak saya buatkan jamu kencur dia untuk saya. Kalau nak jujur, memang saya nak bagitau, rasa jamu kencur yang original sangat tak sedap (sorry mak!). Masa tu, saya berusia 27 tahun. Tapi lepas beberapa kali saya ulang peminuman jamu ni, barulah saya mula terasa kesannya...kesan saya tidak pernah dirasai sebelum ini. 

Jeng jeng jeng...

Dari situ baru saya percaya yang jamu ini dah mula berkesan untuk saya. Saya pun mulalah kongsikan tentang kebaikan jamu dengan kawan-kawan baik saya. Benda baik kan...kenalah share. Dan kawan-kawan saya pulak mendapat kesan dengan jamu yang saya buatkan. Maka begitulah kisah kelahiran Lady Glory yang telah diadaptasikan oleh saya ini.

Sekian.

Nake cuba Lady Glory sendiri? Dapatkan di sini SEKARANG!



Newer post