Cart 0

Kebaikan asam jawa kepada kita

Masa saya zaman kanak-kanak riang dulu dan tinggal di Sungai Ara, saya selalu singgah kedai runcit Pak Ngah di kampung belakang dan membeli snek asam jawa gula ini. 

Masa tu takde perasaan takut lagi makan gula banyak-banyak nanti obes. Haha!!


18785669_B_V1.jpg

Asam jawa  atau Tamarindus Indica adalah tumbuhan yang berasal dari Afrika tetapi telah lama ditanam di benua India. 

Tahu tak yang pada masa ini, India adalah pengeluar terbesar asam jawa!

Dan asam jawa juga digunakan secara meluas dalam masakan India, Asia Tenggara, dan Mexico kini. Asam jawa mempunyai kandungan asid tartaric yang tinggi. Asid tartartic adalah antioksidan yang hebat yang membersihkan tubuh radikal bebas

Asam jawa juga kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang kuat dan membantu tubuh meningkatkan daya tahan terhadap kanser. 

Vitamin C juga membantu badan mengekalkan kolagen yang menguatkan rambut dan kulit. Asam jawa juga kaya dengan vitamin B kompleks seperti riboflavin dan niacin (B3) yang meningkatkan kolesterol "baik" dan mengurangkan penyakit kardiovaskular.  

Tahu tak anda yang kekurangan asid folik pada wanita hamil boleh menyebabkan bayi kurang berat dan kecacatan tiub neural pada bayi baru lahir?

Kehadiran asid folik (B9) dalam asam jawa berupaya menggalakkan tubuh menghasilkan sel darah merah yang mengurangkan anemia dan membantu pembahagian sel dan pertumbuhan sel badan.

Kandungan magnesium yang tinggi dalam asam jawajuga meningkatkan kualiti tidur individu kerana mineral dikatakan dapat meningkatkan tempoh dan ketenangan tidur serta mengurangkan insomnia.

Wah! Ingatkan asam jawa ni sedap dimakan aje! Tapi rupanya banyak lagi kelebihan asam jawa ni!

Tahu tak yang Lady Glory juga mengandungi asam jawa? Cuba Lady Glory sendiri sekarang, dapatkan di sini SEKARANG!




Older post Newer post