Cart 0

Kebaikan Akar Maca kepada Lelaki dan Wanita

Akar maca atau juga dikenali sebagai ginseng Peru, adalah tumbuhan yang tumbuh di dataran tinggi Pergunungan Andes di Peru. 

Selalunya, maca ditanam untuk akarnya yang dikeringkan dan dimakan dalam bentuk serbuk.  Ada juga yang menambahkan akar maca ke dalam diet mereka dalam makanan seperti overnight oat atau smoothies kerana rasanya seperti bijirin.

Akar maca mengandungi asid lemak yang sihat yang bermanfaat untuk jantung dan boleh menstabilkan tahap glukosa darah dan mengurangkan keradangan. Selain itu, ia meningkatkan sistem imun dan meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang. Jadi bolehlah anda membesar dengan sihat dan kuat!

Anda tahu tak bahawa akar maca memainkan peranan yang penting dalam menyeimbangkan hormon?

Bukan sahaja akar maca membantu menyeimbangkan hormon dan meningkatkan kesuburan, akar maca dapat membantu kedua-dua lelaki dan wanita!

Akar maca sangat berkhasiat dan terbukti meningkatkan libido pada lelaki dan wanita. Satu kajian klinikal rawak pada tahun 2010 dengan 131 peserta, didapati bahawa pengambilan akar maca selama 6 minggu meningkatkan keinginan seksual. Ia juga meningkatkan kesuburan lelaki kerana ia meningkatkan kualiti air mani. Satu kajian yang meninjau lelaki menunjukkan bahawa setelah memakan akar maca selama empat bulan, terdapat peningkatan kiraan jumlah dan pergerakan sperma pada lelaki yang sihat dan subur.

Bagi wanita pula, akar maca dapat meringankan gejala menopaus seperti 'hot flashes', kekeringan faraj, perubahan mood, dan masalah tidur. Akar maca mengandungi sebatian yang dipanggil flavonoid yang mempunyai beberapa faedah psikologi seperti mengurangkan kebimbangan dan gejala kemurunganyang juga boleh memberi manfaat kepada wanita menopaus.

Macamana akar Maca boleh berfungsi untuk kedua-dua lelaki dan wanita? 

Akar maca berfungsi pada peringkat hipotalamus dalam tubuh kita. Hipotalamus merupakan kawasan yang terletak di pangkal otak, berhampiran kelenjar pituitari. Walaupun hipotalamus sangat kecil bak pepatah lama, kecik-kecik cili padi, ia memainkan peranan penting termasuk:

  • merembeskan hormon
  • mengawal suhu badan
  • mengekalkan kitaran fisiologi harian
  • mengawal selera makan
  • mengurus tingkah laku seksual
  • mengawal tindak balas emosi

Maca juga kaya dengan sterol tumbuhan yang bermanfaat yang berkaitan dengan hormon biokimia seperti estrogen, testosteron dan progesteron. 

Maka, jika anda seorang wanita yang dibelenggu gejala hormon ATAU simptom menopaus, atau jika anda seorang lelaki yang memerlukan sedikit umphhhh dalam hidup anda, akar maca jawapannya!

Anda tahu tak yang Chai Gold merupakan minuman teh pertama yang dirumus dengan akar Maca dan juga kunyit? Menarik kan? DAPATKAN CHAI GOLD ANDA DISINI SEKARANG!

Chai Gold.jpg




Older post Newer post