Cart 0

Bolehkah ibu berpantang meminum kopi?

Betulkah tanggapan ini? Atau adakah ini kisah yang tidak masuk akal dan tidak berasas?

Tetapi adakah anda tahu bahawa kafein mengandungi asid tannic? Asid tannic mempunyai kecenderungan untuk mengikat dengan besi. Apabila seorang ibu di dalam fasa berpantang dan mengambil kopi terutama dengan makanan, asid tannic dari kafein mempunyai potensi untuk mengikat dengan zat besi dalam perut ibu. 

Ini akan mengakibatkan ibu kekurangan zat besi oleh ibu kerana kekurangan penyerapan zat besi.

Seorang ibu yang sedang berpantang akan kehilangan banyak darah dari proses kelahiran anak, serta melalui pendarahan nifas dalam masa 40 hari selepas beranak. Ketika dalam keadaan keletihan ini, seseorang ibu memerlukan zat besi untuk membina sel-sel darah baru serta menambahkan dan menyuburkan tubuhnya. Kekurangan zat besi bukan sahaja menyebabkan dia menjadi kurang gizi, tetapi juga boleh menyebabkan risiko kemurungan postpartum pada ibu.

Oleh itu, ibu-ibu dalam pantang dinasihatkan mengurangkan pengambilan kopi untuk seketika. 

Awesome, glorious coffee...sabarlah mak...

Nak tau lebih lanjut tentang fakta herba atau auta? Ikuti kami di blog kami, FAKTA BOTANI!




Older post Newer post