Cart 0

Apakah Minuman Botani?

Sebelum ini, saya ada terangkan tentang definisi jamu. Tapi korang nak tau tak apa perbezaan antara jamu dan minuman botani?

Istilah botani biasanya digunakan untuk bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan, contoh macam ekstrak cecair, daun kering atau bahagian lain dari tumbuhan.

Menurut U S Food and Drug Administration (USFDA), makanan dan minuman akan diklasifikasikan mengikut ramuannya samada digunakan untuk rasa, aroma, dan nilai pemakanannya. Herba yang bersifat makanan lah kira.

Untuk persediaan makanan dan produk yang berdasarkan herba, biasanya terdapat ramuan herba (segar, kering, ekstrak, minyak pati) yang ditambah untuk rasa atau aroma. Dalam konteks ini, ramuan herba yang dipakai atas tujuan ini dirujuk sebagai ramuan herba botani atau produk botani, dan tidak digunakan untuk sebab-sebab terapeutik.

Dalam penghasilan minuman botani, peratusan ramuan herba yang bersifat makanan yang digunakan lebih tinggi dari peratusan ramuan terapeutik. Untuk penghasilan jamu pula, peratusan herba terapeutik adalah lebih tinggi dari peratusan herba yang bersifat makanan.

Ingin tahu apa pulak definisi jamu? Baca di sini!

Nak tau lebih lanjut tentang fakta herba atau auta? Ikuti kami di blog kami, FAKTA BOTANI!



Older post Newer post