Cart 0

Apakah kegunaan tumbuh-tumbuhan?

Pelbagai tumbuhan telah memberi manfaat kepada kita.

Tumbuh-tumbuhan bukan sahaja digunakan untuk makanan dan pertanian. Malah, tumbuhan juga digunakan untuk kayu yang kemudiannya diproses untuk menjadi perabot, kertas, pensil, dan banyak produk lain. 

Sesetengah tumbuhan juga digunakan untuk sebab-sebab simbolik dan ritualistik disebabkan oleh ciri-ciri perubatan mereka. Ubat-ubatan ini selari dengan budaya dan alam semulajadi dan ramai yang masih menggunakannya hari ini sebagai ubat untuk mengekalkan kesihatan mereka.

Tumbuhan adalah satu-satunya ubat yang digunakan sebelum 500 B.C. Pada masa itu, ia dipercayai bahawa tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua kuasa sihir ritual dan kualiti perubatan. 

Semasa perkembangan perdagangan dunia pada abad keempat belas, herba dan ubatan herba telah bertukar tangan antara pedagang-pedagang Cina, Islam, India dan Eropah. Rempah-rempah baru seperti halia dan kayu manis mula muncul di Eropah. Ramuan-ramuan Eropah pula mula diperdagangkan di Timur Jauh. 

Sebelum abad keenam belas, kebanyakan sistem perubatan adalah berdasarkan idea bahawa seseorang itu harus menjadi satu dengan alam semulajadi dan bahawa keupayaan penyembuhan tubuh badan sendiri dapat diperkuatkan oleh herba yang betul. 

Dalam asas semua sistem perubatan lama, dipercayai bahawa tenaga asasi tubuh kita yang mementukan tahap kehidupan dan kesihatan kita. Orang Cina memanggil tenaga asasi ini sebagai "qi", sedangkan orang India merujuknya sebagai "prana". Pakar herba barat pula menyebutnya sebagai "vital force". 

Apabila trend ubatan moden mengambilalih trend ubatan herba pada abad kesembilan belas, konsep-konsep dalam amalan penyembuhan yang lebih awal ini telah ditolak sebagai dongeng dan kebodohan.

Sekarang, terdapat banyak tumbuhan yang dimakan untuk kandungannya yang tinggi dalam antioksidan semulajadi. Juga terdapat trend untuk pemakanan dan peminuman yang berkhasiat dan membawa pelbagai manfaat kepada kita yang sentiasa berubah. Tumbuhan juga dikatakan mempunyai sifat anti-penuaan. Senarai manfaat tumbuh-tumbuhan tidak berkesudahan.

Jadi tak hairanlah mengapa bukan sahaja orang perseorangan, malah industri juga amat peka dan taksub dengan dunia herba ini.

Nak tau lebih lanjut tentang fakta herba atau auta? Ikuti kami di blog kami, FAKTA BOTANI!



Older post Newer post