Cart 0

Apakah jamu?

Rasanya, takde rakyat Malaysia dan kebanyakan rakyat Asia yang tak familiar dengan peminuman jamu ni. 

Tapi apa sebenarnya maksud jamu ni? Kalau jus buah-buahan tu kira jamu jugak ke? Natural jugak kan? Ada ke beza? Apakah jamu sebenarnya?

Kalau ikut definisi, jamu dibuat dari bahan-bahan semulajadi seperti akar, kulit, bunga, benih, daun, dan buah-buahan. Tapi jamu juga boleh diperbuat dari bahan sampingan haiwan seperti madu, susu dan telur. 

Dalam pembuataan jamu, peratusan herba terapeutik yang digunakan dalam pembuatan jamu adalah lebih tinggi dari peratusan herba makanan. Jadi, jamu dikategorikan sebagai ubat tradisional.

Jamu asalnya adalah ubatan tradisional yang berasal dari Indonesia, khususnya kepada budaya Jawa. Walaupun asal-usul sebenar jamu tak diketahui, banyak dakwaan menghubungkan asal-usul jamu kepada Kerajaan Hindu Mataram sekitar 1300 tahun yang lalu.

Tersebutlah alkisah, rahsia puteri kerajaan itu mengekalkan kecantikan dan kesihatannya dengan pengamalan jamu dan kosmetik herba. 

Kalau ikut sejarah pula, dah terdapat catatan awal tentang jamu zaman Candi Borobudur di Bali dan juga kuil-kuil lain seperti kuil Panataran, Sukuh dan Tekalwangi lagi.

Ada juga tertulis pasal jamu dalam kesusasteraan purba yang dipanggil Primbon yang bermula pada abad ke-5. Siap dengan buku resepi jamu yang disebut Kitab Madhawapura yang berasal dari Kerajaan Majapahit. 

Nak pinjam boleh ke Raja Pahit?

Nak tahu apa beza antara jamu dan minuman botani pulak? Baca di sini!

Nak tau lebih lanjut tentang fakta herba atau auta? Ikuti kami di blog kami, FAKTA BOTANI!



Older post Newer post