Cart 0

Adakah kunyit menyebabkan menopos awal?

Siapalah di Malaysia yang tak tahu yang kunyit digunakan sebagai rempah utama dalam pembuatan kari yang lazat tu. Dicicah dek roti canai, memang best!

Tapi tahu tak yang kunyit juga digunakan secara meluas untuk membuat ubatan. 

Kunyit mengandungi bahan kimia berwarna kuning yang dipanggil curcumin. Perasan tak di farmasi-farmasi sekarang, hampir semua jenama supplement mesti ada mengeluarkan supplement curcuminnya sendiri? Memang curcumin inilah yang sering digunakan untuk perubatan dan kosmetik. 

Terdapat juga artikel-artikel yang menyatakan bahawa curcumin bersifat anti-radang yang tinggi dan berupaya mengurangkan keradangan dan bengkak. Curcumin juga dikatakan elok digunakan untuk arthritis, pedih ulu hati, sakit sendi, sakit perut, cirit-birit, angin, masalah usus, kembung perut, kehilangan selera makan, kolesterol tinggi, dan keletihan. Ia juga ada digunakan untuk sakit kepala, bronkitis, selesema, jangkitan paru-paru, demam, fibromyalgia, masalah haid, kulit gatal, dan pemulihan selepas pembedahan. 

Senang cerita, banyaklah manfaat curcumin dalam kunyit ni.

Kunyit juga satu ramuan utama yang terdapat dalam banyak jenis jamu-jamu tradisional. 

Sejak boom nya industri jamu kat Malaysia, ada juga terdapat banyak khabar angin yang tersebar tentang fakta bahawa kunyit, jika diambil sering boleh membawa kepada menopos awal. Sebagai seorang educator dan researcher, saya telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula hal ini dari jurnal-jurnal dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh universiti dan industri yang berkecimpung dan seharusnya pengetahuannya lebih meluas dalam hal herba dan sifatnya ini.

Tetapi apa yang saya lihat setakat ini, banyak kajian-kajian yang telah dijalankan telah menunjukkan bahawa kunyit sebenarnya membantu dalam mengurangkan gejala premenoposik seperti 'hot flashes' dan kekeringan, dan membuat perubahan wanita ke menopos lebih teratur.

Jadi anda fikirkanlah sendiri. Baca dan decide...yang mana fakta, yang mana auta.


Tahukah anda yang Lady Glory juga dibuat daripada kunyit? Cuba Lady Glory sendiri sekarang, dapatkan di sini SEKARANG!

Lady Glory.png



Older post Newer post