Cart 0

7 Sebab Berlakunya Jangkitan Yis

Apakah itu jangkitan yis?


Jangkitan yis, yang juga dikenali sebagai candidiasis, adalah normal dan sering berlaku kepada wanita. Vagina yang sihat mengandungi bakteria dan beberapa sel yis. Tetapi apabila keseimbangan bakteria dan sel yis berubah, sel yis boleh berlipat ganda. Ini menyebabkan simptom gatal, bengkak, vagina berbau, kemerahan dan juga keluar cecair hijau. Sebelum anda panik, jangkitan yis tidak bahaya, namun memberi perasaan tidak selesa untuk wanita. Namun begitu, beberapa kes telah dilaporkan rasa pedih semasa kencing, kesakitan semasa seks, lenguh dan ruam.


Sebab Berlakunya Jangkitan Yis



1.Tuala wanita dan panty liners

Sebab berlakunya jankitan yis yang pertama, Yis mudah hidup di kawasan lembap dan kotor. Jika anda malas menukar tuala wanita atau panty liner anda, anda lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yis. Panty liner dan tuala wanita juga memerangkap kelembapan dan menghalang aliran udara, hal ini mewujudkan persekitaran optimum untuk yis berkembang.


2.Seluar dalam
Sebab lain berlakunya jangkitan yis ialah seluar dalam yang kotor atau ketat. Banyak wanita memilih pakaian dalam yang tidak muat dengan betul. Namun, pakaian dalam seperti bra dan seluar dalam yang selesa merupakan pelaburan yang terbaik kerana gaya hidup kita yang sentiasa bergerak dan berpeluh. Kita juga digalakkan membeli pakaian dalam yang khas untuk senaman dan mencuci seluar dalam dengan lebih teliti.


3.Antibiotik

Haaa kalau sakit makanlah antibiotik kan? Antibiotik preskripsi adalah sangat berkesan untuk merawat jangkitan sinus, tekak, atau jangkitan bakteria yang lain. Tetapi dalam usaha mereka untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan, antibiotik boleh membunuh bakteria yang sihat dan membenarkan yis berkembang

Ini mewujudkan ketidakseimbangan komuniti mikrobial di vagina dan memudahkan sel yis berkembang. Antibiotik tidak boleh diambil secara sembarangan kerana antibiotik juga membunuh bakteria ‘baik’ dalam badan kita. Oleh itu, ramai  pakar mencadangkan untuk mengambil probiotik bersama antibiotik.

4.Steroid

Steroid adalah satu lagi jenis ubat yang merupakan sebab berlakunya jangkitan yis di vagina berlaku. Semakin tinggi dos dan semakin lama anda menggunakannya, semakin besar risiko, tetapi krim topikal steroid juga dapat mengalakkan jangkitan yis dengan mengurangkan immunisasi badan. Steroid boleh melemahkan sistem imun sehingga vagina boleh menjadi tempat pembiakan yis.


5.Kontraseptif
Antara sebab berlakunya jangkitan yis untuk sesetangah orang adalah kerana pil kontraseptif. Hal ini kerana mereka meningkatkan tahap estrogen dalam badan wanita Walau bagaimanapun, bentuk-bentuk kawalan kelahiran yang lebih baru mungkin tidak menyebabkan jangkitan yis. Kontraseptif oral di mana dos estrogen yang tinggi boleh mengubah kadar hormon dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan yis.

Di samping merawat jangkitan yis, doktor anda mungkin boleh menukar anda ke satu lagi jenis kontraseptif oral yang tidak akan membawa kepada jangkitan yis lagi. Tetapi jangan hentikan penggunaan tanpa berbincang dengan doktor anda.


6.Kadar gula dalam darah
Behati-hatilah penggemar makanan manis dan rakan-rakan yang mempunyai ‘sweet tooth’. Wanita yang mempunyai diabetes mempunyai insiden jangkitan yis yang lebih tinggi, terutamanya jika mereka tidak mengawasi tahap gula mereka dengan baik. Walaupun anda tidak menghadapi masalah kencing manis, pengambilan karbohidrat yang melampau boleh menyebabkan yis berkembang juga.
Jika anda makan makanan glisemik tinggi,  ini boleh menyebabkan pertumbuhan yis yang lebih tinggi.

Dan bahayanya, banyak keadaan yang sama yang menyebabkan jangkitan yis di vagina juga boleh menyebabkan jangkitan yis berkembang di dalam usus anda juga.

7.Kehamilan

Sebab lain anda mungkin menghadapi jangkitan yis adalah anda mungkin hamil. Kerana perubahan hormon, rahim vagina wanita hamil mengandungi lebih banyak gula, yang boleh menggalakkan perkembangan yis, menurut Persatuan Kehamilan Amerika. Hal ini kerana "peralihan hormon boleh membunuh lebih banyak bakteria 'baik' yang sebelum ini menghalang sel Yis berkembang.
Wanita hamil tidak boleh menggunakan flukonazol berdos tinggi atau ubat oral biasa untuk rawatan jangkitan yis untuk tempoh yang lama kerana ia boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran, FDA memberi amaran pada tahun 2011. Namun, wanita yang hamil boleh mendapatkan rawatan yang sesuai selepas berbincang dengan pakar.



Older post Newer post