Cart 0

5 Sebab Kehilangan Libido


Kehilangan libido (sex drive) adalah masalah biasa yang berlaku kepada banyak lelaki dan wanita pada satu masa dalam hidup mereka.

Sebab kehilangan libido sering dikaitkan dengan masalah hubungan, stress, tekanan dan keletihan, tetapi kehilangan libido juga boleh menjadi tanda masalah kesihatan, seperti perubahan hormon dan penyakit.

Libido semua orang adalah berbeza - tidak ada perkara seperti tahap libido yang "biasa". Tetapi jika anda mendapati kekurangan keinginan untuk melakukan seks yang menjejaskan hubungan anda, ia adalah idea yang baik untuk mendapatkan bantuan dan pendapat pakar Marilah kita mengenali 5 sebab kehilangan libido!



5 Sebab Kehilangan Libido 1.jpeg

1.Masalah hubungan

Salah satu perkara pertama yang perlu dipertimbangkan dalam sebab kehilangan libido ialah sama ada anda puas dengan hubungan anda. Adakah anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan yang wujud di sebalik kehilangan keinginan seksual anda?

Sebab kehilangan libido boleh menjadi hasil daripada berada dalam hubungan jangka panjang (LDR much?) dan mengetahui terlalu banyak tentang pasangan anda.

Selain itu, kehilangan daya tarikan seksual dan peningkatan konflik yang tidak dapat diselesaikan serta komunikasi yang buruk antara pasangan. Kesukaran mempercayai antara satu sama lain dan isu kecurangan juga boleh membawa kepada masalah yang memanifestasi secara fizikal dan seksual.



5 Sebab Kehilangan Libido 2.jpg

2. Masalah seksual

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan dalam menanalisis sebab kehilangan libido ialah sama ada masalah itu adalah isu fizikal yang menjadikan seks sukar.

Sebagai contoh, sex drive dan libido yang rendah boleh menjadi hasil daripada masalah ejakulasi, kekeringan faraj, mati pucuk (erectile dysfunction), seks yang bertambah menyakitkan dan tidak selesa, ketidakupayaan untuk capai orgasma dan pengetatan vagina secara sukarela (vaginismus). 



5 Sebab Kehilangan Libido 4.jpg

3. Kemurungan

Kemurungan yang klinikal sangat berbeza dari hanya rasa tidak bahagia, sengsara atau bosan untuk sementara waktu. Kemurungan adalah penyakit yang serius yang mengganggu semua aspek kehidupan anda, termasuk kehidupan seks anda dan merupakan antara sebab kehilangan libido.

Tambahan kepada libido yang rendah pula, tanda-tanda kemurungan termasuk perasaan kesedihan yang melampau yang tidak hilang, berasa rendah atau tiada harapan, kehilangan minat atau keseronokan dalam melakukan perkara-perkara yang biasanya anda nikmati.

Adalah penting untuk merujuk kepada GP anda jika anda fikir anda mungkin mengalami stres atau tekanan yang melanpau sehingga menimbul kemurungan. Seorang pakar boleh menasihati anda tentang rawatan terbaik untuk kemurungan, seperti terapi atau antidepresan.

Libido yang rendah juga ialah kesan sampingan mengambil antidepresan. Rujuk doktor anda jika anda fikir ini mungkin menyebabkan masalah.



5 Sebab Kehilangan Libido 3.jpg

4. Penyalahgunaan dadah dan arak

Ada satu pepatah lama yang merujuk kepada keseronokan "gaya hidup seks, dadah, dan rock". Namun, penyelidikan menunjukkan bahawa gaya hidup yang didorong oleh penyalahgunaan bahan bukanlah sesuatu yang baik. Malah, alkoholisme atau penyalahgunaan dadah mempunyai kesan negatif terhadap prestasi anda dalam bilik tidur dan merupakan satu sebab kehilangan libido yang ketara.

Pengambilan alkohol yang berlebihan dalam tempoh yang panjang boleh mengurangkan libido anda, oleh itu, dinasihatkan minum dengan sifat kesederhanaan. Lelaki dan wanita dinasihatkan agar tidak meminum lebih daripada 14 unit alkohol seminggu.

Penyalahgunaan dadah juga dikaitkan dengan kehilangan sex drive. Gangguan daripada penylahgunaan dadah menyebabkan gangguan kronik multidimensi. Gangguan daripada penyalahgunaan dadah juga mempengaruhi aspek fizikal, mental, sosial, dan seksual kehidupan wanita, dan kesan ini berubah dari masa ke masa. Beberapa kajian melaporkan pengambilan dadah rekreasi seperti narkotik, perangsang dan hallucinogens juga menjejaskan kehidupan seksual anda. 



5 Sebab Kehilangan Libido 5.jpg

5.Stres, kebimbangan dan keletihan

Stres, kebimbangan dan keletihan juga merupakan sebab kehilangan libido serta memberi impak besar kepada kebahagiaan anda. Jika anda rasa anda sentiasa penat, tertekan atau cemas, anda mungkin perlu membuat perubahan gaya hidup atau bercakap dengan GP anda untuk nasihat.

Apabila anda mempunyai reaksi yang tegang terhadap tekanan, badan anda melalui satu siri perubahan untuk mempersiapkan anda melarikan diri atau bertahan (fight-or-flight response) yang normal. Sebahagian daripada peringkat respons ini adalah pelepasan hormon, seperti kortisol atau epinefrin. Jika tahap tekanan anda tidak berubah, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai stres kronik. Hal ini memberi kesan kepada kesihatan fizikal anda, termasuk menyebabkan libido yang rendah.




Older post Newer post